Jika masih pertahan Amanah Hadi, maknanya Khalid anggap Shahrir kafir

Dalam wacana anjura Antara Pos, hujah-hujah Khalid Samad memperlihatkan seolah-olah dia masih mempertahankan Amanah Hadi dan tiada pula suaranya menuntut hadi menarikbalik Amanah dari ceramah yang diucapkan pada tahun 1981.

Jika demikian, adakah Khalid menganggap abangnya Datok ShahrirSamad sebagai kafir, nikah pada isterinya Datin Shahrizan tak sah, duit sumbangan abang kepada adik adalah haram diterima, dan hubunagn kekeluargaan mereka harus diputuskan?

Sila nyatakan pendirian, Khalid Samad.

Tempoh hari dalam satu wawancara meibatkan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Haji Ismail Mina Ahmad, bekas mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pengerusi Ulama Muda Umno (ILMU) Fadlan Othman, isu Islam Pluralisme ditimbulkan.

Ismail Mina dilaporkan Antara Pos berkata, “Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik… Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada…

“Tapi dalam PAS ada syirik, di mana ada orang beramal dengan syiah… di mana ada orang yang liberalis dan pluralis..,” kata Haji Ismail yang mengaku beliau adalah ahli PAS seumur hidup.

Reaksi Khalid Samad bagai diduga dan mengikut cara berdiskusi dan debatnya untuk terus menyerang UMNO sebagai lebih teruk dan menafikan pandangan Ismail Mina.

Baca sepenuhnya di Antara PAS di SINI.

Khalid Samad yang sering dilihat begitu liberal pendiriannya mutakhir ini menimbulkan hujah bahawa perlembagaan persekutuan itu syirik. Ini hanya menunjukkan pandangan Amanah hadi itu masih kuat menular dalam sanubari setiap ahli PAs dan pemimpin-pemimpin baru dan muda PAS.

Akibat Amanah Hadi kepada perpecahan masyarakat luar bandar begitu buruk sekali. Berlaku sembahyang dia imam, nikah yang tidak diperakui, berlainan kubur, kafir mengkafir dan putus saudara mara.

Orang PAS enggan memakan sembelihan orang Islam lain khususnya sesiapa yang dilihat samada menyokong atau ahli atau aktivis UMNO, sebagai haram. Duit kerajaan atau bantuan orang UMNO tak akan diterima kerana diakatakan duit itu haram.

Malahan mereka lebih rela membeli barang atau makanan dari kedai Cina dari membeli dari kedai yang dipunyai orang UMNO kerana mereka beranggapan orsang UMNO itu kafir dan musuh dan elok duit mereka diberi kepada orang Cina kafir.

Buat setakat ini, pihak PAS, pemimpin PAS dan media PAS hanya berdiam diri di atas isu Amanah haji Hadi dan penyelewengan Tabung Memali. Hanya ada suara berkata Hadi tidak perlu tarik balik Amanah Hadji hadi atas pelbagai helah dan alasan.

Khalid Samad hanya berdiam juga. Ini hanya membuat andaian bahawa Khalid anggap tiada salah dengan Amanah Hadi dan perpecahan ummah yang dikatakan hasil tingkah laku dan tindakan akarumbi PAS itu tidak ada asasnya dan tidak melihat sebarang permasaalahan dari itu.

Jika demikianlah sikap Khalid Samad, adakah dia beranggapan juga bahawa abangnya Shahrir, yang merupakan ahli politik dan bekas Menteri UMNO serta masih aktif dalam UMNO sebagai kafir?

Adakah dia beranggapan juga bahawa nikah abangnya dengan isteri kterkini, Datin Shahrizan Chew yang turut juga tidak memakai tudong adalah tidak sah kerana mengunakan Imam kerajaan UMNO dan perlu diijabkabulkan sekali lagi dengan Imam PAS? Turut serta,    jika ada anak dari perkongsian hidup abang dan isterinya, anak saudara Khalid Samad itu adalah anak luar nikah?

Shahrir diketahui menyimpan dan menyumbang wang untuk kesemua adik-adiknya untuk membina kehidupan dan sebagai sandaran kecemasan. Sebagaimana diketahui, semua adik-adiknya mempunyai berlainan pandangan politik dan juga berlainan parti politik. Adakah Khalid Samad menolak pemberiaan abang kerana sedia maklum ahli-ahli PAS percaya dan hayati Amanah Hadi yang menganggap duit orang UMNO sebagai haram?

Jika Khalid Samad nafikan tidak lakukan semua perkara ini terhadap abangnya Shahrir, ia bermakna apa yang dipersetujui dari tindak tanduk diluar dan dilihat awam berlainan dengan tindak tanduk dan sikap dalam hubungan sesama keluarga.

Kalau demikian, kenapa Khalid Samad masih seolah-olah bersetuju dan mempertahankan Amanah Hadi? Kenapa tidak suruh hadi tarikbalik Amanah tersebut?

Bukanlah lebih elok dan baik untuk kita semua teruskan hidup sebagai satu masyarakat Islam dengan semganat perpaduan dan tidak berpecah belah atas perbezaan parti seperti yang ditunjukkan oleh keluarga anak-anak Pak Samad?

Comments

comments