Cabar Islam Sebagai Agama Rasmi Secara Terang-Terangan di Pulau Pinang Menerusi Sesi ‘Holy Book Reading’

Dari jam 12:00 tengah hari tadi sehinggalah ketika artikel ini ditulis, sebuah kumpulan bebas (kononnya) yang amat dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan SUARAM dan ALIRAN telah menganjurkan sesi ‘Holly Book Reading’ di mana penganut-penganut agama Kristian, Hindu, Buddha dan Islam dijemput membawa kitab masing-masing dan ‘bermuzakarah’ bagi mencari persamaan antara agama-agama berkenaan.

Sesi berkenaan diadakan di Dataran Pidato, Padang Kota Lama atau  lebih tepat lagi di Speaker’s Square, Esplanade, Pulau Pinang. Ketua kumpulan tersebut dikenali sebagai Kevin dengan nombor telefonnya adalah 016-5515429, mendakwa sesi tersebut adalah untuk memahami agama antara satu sama lain.

sel13-5

Ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah dipergunakan oleh pihak musuh dengan menyusup masuk bagi melemahkan fundamental negara ini iaitu ajaran Islam. Untuk berperang secara berdepan-depan dengan Islam, pihak musuh berasa gerun apatah lagi sekiranya sebuah Negara Islam berjaya mewujudkan kedamaian di kalangan rakyatnya.

Lantas, pendoktrinan dan serangan bagi tujuan melakukan pelumpuhan adalah dengan menyerang saraf dan tunjang. Islam diserang dari pelbagai penjuru. Acapkali Islam dan penganut diperlihatkan sebagai sasaran akademik dan kecendikiawanan yang lebih mudah berbanding mengangkat senjata. Salah satu kaedah terbaik untuk memperlekehkan Islam adalah dengan MENYAMAKAN ISLAM dengan agama-agama lain di dalam sebuah negara yang terang-terang mengangkat Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, seperti Malaysia.

 

sel13-1

Melihat kepada wajah-wajah Melayu-Islam yang terlibat dalam ‘perbincangan’ tersebut, jelas menunjukkan mereka sebenarnya adalah golongan yang langsung tidak memahami apa-apa tentang agama yang mereka anuti. Dan sekalipun salah seorang daripada mereka bertudung litup, ternyata pemikirannya juga terlitup dan gagal memahami apa sebenarnya yang dinamakan Islam dan mengapa Kerajaan Malaysia begitu melindungi Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan melalui peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Manakala salah seorang daripada mereka, Mislina Mustafa yang dikenali sebagai seorang yang menolak TUHAN atau lebih tepat lagi, seorang ATHEIS sebenarnya tidak mempunyai kelayakan langsung untuk memperkatakan tentang Islam.

sel13-3

Agak aneh juga memandangkan sebagai orang Islam, Melayu-Melayu yang terlibat dalam perbincangan tersebut gagal memahami makna Islam yang mereka anuti sehingga mereka perlu menyamakan Islam dengan agama-agama lain, semata-mata atas nama toleransi. Walhal dalam Islam secara jelas, telah menggariskan bahawa ‘Bagiku agamaku, bagimu agamamu.’

Tiada apa-apa yang sama dalam setiap agama. Walaupun barangkali diteorikan bahawa Tuhan yang disembah adalah sama, namun ia sebenarnya satu tipu perdaya semata-mata. Tuhan yang disembah oleh setiap agama TIDAK SAMA dan sama sekali berlawanan antara satu sama lain. Dan Islam pula menolak kesemua Tuhan-Tuhan berkenaan kerana tiada Tuhan melainkan Allah Taala. Selagi penganut-penganut agama lain mahu hidup bertoleransi dengan penganut Islam, maka agama Islam melarang sama sekali penganutnya daripada menyakiti golongan tersebut. Namun apabila penganut-penganut agama lain mulai memperlekehkan Islam dan menganiayai penganutnya, maka berkewajipan bagi setiap umat Islam untuk bangkit melakukan penentangan bagi mempertahankan jiwa, harta apatah lagi maruah.

Justeru, di mana sebenarnya persamaan yang cuba dicari oleh puak-puak yang sudah terpengaruh dengan pendoktrinan dan dogma Zionis yang mahu menghancurkan Islam baik dari segi luaran mahupun dalaman?

sel13-4

Siapa sebenarnya perempuan bertudung litup yang CUBA MENYAMAR SEBAGAI ORANG ISLAM itu? Siapa pula yang berada di belakang lelaki yang memegang buku Alam Barzakh? Apakah kelayakan mereka untuk memperbincangkan agama yang mereka anuti dengan hanya berpandukan kepada buku semata-mata? Adakah mereka sudah cukup teguh pegangan mereka sehingga mereka mampu menolak sebarang pensyirikan terhadap Allah Taala dan perlecehan terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w selain ketokohan para Solafus-Soleh?

Atau mereka juga sebenarnya sedang tercari-cari jawapan mengapa mereka beragama Islam sehingga akhirnya pendoktrinan yang kelihatan lebih bijak melunturkan keimanan yang hanya bergantung kepada ceramah pentas politik dan buku agama yang boleh dibeli dengan harga murah di tepi jalan?

sel13-2

Islam tidak melarang sebarang muzakarah dengan bukan Islam. Bagaimanapun, Islam meletakkan garis panduan yang amat ketat dan hanya mengehadkan golongan tertentu sahaja untuk berhadapan dengan golongan yang mahu menyesatkan umat Islam. Musuh-musuh Islam tidak memerlukan penganut Islam memeluk agama mereka, cukup sekadar tercetus sedikit sahaja keraguan terhadap Allah Taala dan Rasulullah s.a.w. Dan apabila sudah berlaku keadaan begitu, maka barulah mereka melakukan penyusupan yang lebih dahsyat.

Ketua Agama Islam Pulau Pinang adalah DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kemaslahatan umat Islam di Pulau Pinang adalah Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang mana Yang Dipertuanya adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Manakala anggota Exco yang bertanggungjawab memastikan Islam terus diletakkan lebih tinggi daripada agama-agama lain, adalah Malik Kassim, pemimpin PKR yang bersuara itik. Lebih hebat lagi, di Pulau Pinang ada satu entiti yang lebih Islam berbanding orang Islam yang lain dan mereka sering mendabik dada bahawa mereka adalah pejuang Islam iaitu PAS Pulau Pinang.

Mengapa perkara sebegini boleh berlaku di Pulau Pinang? Tiadakah sebarang tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pihak yang telah dipertanggungjawabkan dan diamanahkan itu? Atau adakah mereka sebenarnya SANGAT TAKUT DENGAN JOSEPH LIM GUAN ENG yang boleh mengherdik umat Islam sesuka hatinya?

Comments

comments