Nik Aziz memperkatakan tentang pemimpin-pemimpin PAS yang seharusnya memperbetulkan hal ehwal pemerintahan agar bersesuaian dengan dasar Islam dan kehendak Allah Taala. Namun, kenyataan yang dikeluarkannya itu menyerlahkan tentang sifatnya yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan. Bahkan ucapannya di Bachok itu, tidak lebih daripada ucapan seorang pemimpin parti politik yang kerjanya hanyalah berpolitik walaupun pada masa yang sama, dia adalah Menteri Besar yang bertanggungjawab memajukan negeri.
Katanya, wajib menggunakan parti, bahkan menolong parti dalam usaha memberi kemenangan kepada dasar Islam.
“Bagi mereka yang ada mulut, bercakap. Ahli yang boleh memanjat pokok, panjat untuk menampal poster parti.
“Mereka yang ada wang, menderma. Yang berkebolehan dalam internet, gunakan internet, semuanya untuk memberikan kemenangan kepada Islam dalam semua segi,” ujarnya.
Mursyidul Am PAS itu juga berkata, antara langkah manusia bagi mengelak diri daripada api neraka di akhirat kelak ialah berusaha memperbetulkan urusan pemerintahan negeri dan negara. (SUMBER)
Kecil benar otak dan martabat fikir seseorang yang digelar sebagai Tok Guru oleh para pengikutnya. Yang dibanggakan adalah pujian kaum bukan Islam kerana kononnya tidak diganggu ibadat mereka. Sedangkan perkara yang sama, telah lama diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional, malahan sebelum merdeka lagi pun, tradisi yang sama telah dijalankan.
Walhal kewajipan setiap pemimpin yang menjalankan hal ehwal kerajaan adalah menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup, meningkatkan prasarana, melindungi punca pendapatan negeri atau negara dan sebagainya. Apabila sudah bergelar kerajaan, sembang-sembang seperti Nik Aziz sudah seharusnya dicampakkan ke dalam bakul.
Maka tidak hairanlah, walaupun telah menjadi kerajaan, Nik Aziz hanya mampu berceramah dan berkempen sambil mengajar agama politik di segala surau, masjid, madrasah dan majlis-majlis ilmu yang lain. Tidak ada ilmu dan kebaikan lain pada diri Nik Aziz kecuali politik. Barangkali dia terlalu taksub dengan pendapat agamanya dahulu bahawa POLITIK ADALAH SEGALA-GALANYA.
Itulah nasib yang sedang menanti rakyat Malaysia sekiranya golongan otak mati seperti Nik Aziz dibenarkan menjadi kerajaan dan memikul kuasa. Bukan sahaja mereka tidak mampu berfikir untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya, sebaliknya mereka lebih senang mencari jalan mudah iaitu ‘rakyat yang berduit, perlu menderma’.
Dasar meminta sedekah dan mengemis telah dianggap sebagai satu keperluan dan kewajipan dalam Islam, padahal Islam lebih menggalakkan pemberian bukannya menerima. Bertentangan benar ajaran yang dibawa oleh Nik Aziz dan PAS dengan ajaran Islam tulen.
Maka tidak hairanlah mengapa Kelantan yang menjadi model untuk PAS berbangga-bangga dan mendabik dada, hanyalah sebuah negeri yang mengharapkan ehsan dan tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. Sebabnya, Menteri Besar Kelantan sudah berotak mati dan tidak mampu langsung berfikir bagaimana caranya untuk meningkatkan kehidupan rakyat Kelantan. Sebaliknya dia kerap menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak memberikan bantuan yang lebih besar kepada Kelantan. Apabila ditanya tentang kebejatan otaknya untuk berfikir secara kreatif bagi meningkatkan pendapatan, sekali lagi Nik Aziz akan bercakap tentang duit dari Kerajaan Pusat dalam bentuk royalti minyak.
Tidak ada usaha langsung daripada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menarik pelaburan dari luar secara giat ke negeri itu. Sebaliknya mereka berbangga kerana rakyat Kelantan terpaksa keluar dari Kelantan bagi mencari rezeki. Itulah perangai Kerajaan Negeri Kelantan. Sudahlah tidak berkemampuan, tetapi masih lagi bercakap tentang Islam dan dasar-dasar Islam.
Dasar Islam apa sebenarnya yang dibuat oleh PAS sepanjang 21 tahun memerintah Kelantan? Berkempen dan berceramah? Politik mendahului akidah?
Sepatutnya Islam mendahului segalanya.Ini tidak.Gunakan agama untuk politik dahului segalanya.
Pukimaq
06/03/2012 at 10:40 pm