Gaji Anwar Ibrahim RM 1 Gaji Rafizi Ramli RM Puluhan Ribu

Filed under: Nasional,Selangor Sana Sini |

Tindakan Rafizi Ramli terus-menerus menyerang Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan tuduhan-tuduhan yang diputar belit telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan ahli-ahli PKR sendiri di Selangor.

Khamis petang sel13.com diajak untuk berjumpa dengan seorang ahli PKR yang juga seorang ahli majlis sebuah PBT di Selangor. Kata ahli PKR berkenaan tindakan Rafizi itu berkemungkinan akan mengundang tindak balas agresif dari pihak lawan mereka.

Katanya kepada wakil sel13.com, “tuan ingat semua orang-orang PKR yang ada jawatan di Selangor bersih ke ? “

Beliau turut berkata Rafizi hanya mementingkan dirinya sahaja untuk dipotretkan sebagai hero. Dia tidak fikir bagaimana jentera parti dibawah bekerja dan segala-galanya memerlukan wang. Katanya lagi, “Rafizi masuk politik terus berada diatas dan dapat gaji puluhan ribu sebulan,dia tidak tahu susah payah orang di bawah” .

Sel13.com diberikan satu salinan resume Rafizi Ramli semasa memohon kerja sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Di muka surat tiga walaupun tidak dinyatakan berapa gaji yang Rafizi minta untuk bekerja sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor , tetapi tindakan beliau menyatakan gaji semasa dan elaun beliau sebanyak RM 30’000.00 ribu sebulan sudah cukup untuk menyatakan yang beliau mahukan pendapatan seperti itu atau lebih untuk bekerja di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Jika tidak mendapat pendapatan seperti itu tidak mungkin Rafizi bekerja di sana sekarang. Apabila Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM 1 , sampaikan ada ahli PKR yang menitis air mata mengenangkan Anwar sanggup berkorban sampai ke tahap itu demi untuk rakyat Selangor. Apa guna gaji penasihat RM 1 tetapi gaji ketua eksekutif puluhan ribu ringgit ? Itu belum lagi dikira gaji kakitangan-kakitangan yang lain, kos pentadbiran, kos pejabat, tuntutan elaun perjalanan penasihat ke luar negara, kos utiliti dan sebagainya lagi. Sepatutnya apabila gaji Anwar RM 1, maka gaji Rafizi hendaklah 50 sen kerana dia bekerja di bawah Anwar.

Di waktu pemerintahan BN tidak wujud penasihat ekonomi seperti seperti kerajaan sekarang. Selangor tetap maju dan terus maju serta mencatatkan pertumbuhan ekonomi serta pelaburan yang memberangsangkan setiap tahun. Manakala pemerintahan kerajaan hari ini yang dinasihat oleh penasihat ekonomi Selangor semakin hari semakin teruk. Pelaburan dan pendapatan merosot, jalan-jalan raya rosak teruk, sampah tidak terangkat dan sebagainya.

Jawatan penasihat ekonomi serta pejabat penasihat ekonomi Selangor sengaja diwujudkan untuk menempatkan kroni-kroni PKR bagi mereka mendapat gaji dari kerajaan negeri dan melakukan kerja-kerja parti. Rafizi sendiri ada kalanya sampai berminggu-minggu tidak masuk pejabat atau melakukan apa-apa kerja , sebaliknya masa beliau dihabiskan di pejabat PKR di Damansara.

Mengikut pemberi maklumat, Rafizi hanya akan masuk pejabat apabila ada kontraktor-kontraktor hendak menghantar kerja atau cadangan. Amalan kerajaan negeri hari ini , jika ada mana-mana pihak atau syarikat yang ingin menghantar cadangan projek, kertas berkenaan perlu dihantar ke Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan akan disemak oleh Rafizi terlebih dahulu. Sekiranya pihak berkenaan setuju memberi 10 % kepada Rafizi atas nama sumbangan dana pilihanraya PKR , maka kertas tersebut akan diangkat kepada Anwar Ibrahim untuk kelulusan sebelum dihantar kepada Kerajaan Negeri.

Jika tidak mendapat pendapatan atau kemudahan melebihi dari tempat lama beliau bekerja, adakah anda fikir Rafizi sanggup tinggalkan kerja lamanya semata-mata untuk bekerja dengan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor atas nama hendak berkhidmat kepada rakyat Selangor ?

Dalam wawancara dengan malaysiakini minggu lepas, Rafizi berkata gajinya kecil dan tinggal di rumah biasa. Walhal gaji puluhan ribu sebulan dan tinggal di kondominium di kawasan elit.

15 Responses to Gaji Anwar Ibrahim RM 1 Gaji Rafizi Ramli RM Puluhan Ribu

  1. Duduk di bukit Antarabangsa tempat tanah runtuh kira elit?
    Satu satunya tempat kalau jual rumah akan rugi tu?

    Jimbo
    13/02/2012 at 11:09 am
    Reply

  2. Berkata benarlah.Allah Maha Mengetahui

    hamdan shajari
    13/02/2012 at 3:19 pm
    Reply

  3. Pelik aku tengok CV mamat nie…

    1. Kate President Islamic Body tp xkan subjek agama Islam dapat C3 jer..
    2. Masa ambik degree, 1st year dpt best student ngan 1st class, 2nd year pun dapat 1st class, tp naper grade 2nd class lower jer… mase 3rd year semua subjek cukup makan jer ker??…hahaha

    King Tapir
    13/02/2012 at 4:37 pm
    Reply

    • King Tapir, stkt turun kelas tu biasa, sbb klu kurang 0.1 dr smpadan kelas 1 dn 2nd, ttp 2nd class. 3.49 ttp 2nd clss wlupun 3.5 tu first class.

      Ptutnya kebijaksanaan anak-anak muda digunakan untuk membangunkan agama, bngsa dan negara. Tp syg lupa daratan. Dhlah dpt tjaan Petronas (kerjaan BN), lani dok kondem kerajaan. klu krjaan truk, tkdelah beljar smpi UK. Duit punya pasal …

      pisang emas bawak belayar, masak sebiji di atas peti. hutang emas blh kubayar, hutang budi kerajaan kukenang sampai mati…

      -bekas mahasiswa tajaan kerajaan

      lelucon2020
      13/02/2012 at 6:31 pm
      Reply

    • aku setuju dgn king tapir …. 1st year bukan main lagi terer … tapi bila grad… 2nd class lower je…… hahahaha…. full time student pun mampu 2nd lower je ke???? aiseyy…… koman la mamat ni … lagi musykil, grad in engineering, tapi member to Malaysian Institute of Accountants…. mcm tak kena … kalau dia member BEM atau IEM tu .. logik gak la….

      ash_oi
      14/02/2012 at 9:18 am
      Reply

    • sebab tu suh abes belajar lu baru nak berpolitik … melayu oh melayu… membangkang no 1, tapi suh buat tak tahu haippp

      kiddo
      16/02/2012 at 3:04 pm
      Reply

  4. PKR Parti Kian Rakus

    PKR adalah parti yang rakus mengaut sebanyak mungkin wang rakyat dan PAS parti yang sentiasa mengagakan mulut untuk menerima habuan bermodalkan ceramah paara ostst dan amalan agama yang songsang.

    lelaki Y
    13/02/2012 at 7:27 pm
    Reply

  5. Kyoto Garden adalah run-down apartment..apartment yang ramai orang abandon selepas kejadian tanah runtuh. apehal bodoh & bangang sangat kaitkan Kyoto garden sebagai apartment mewah?

    jacko
    16/02/2012 at 1:19 pm
    Reply

  6. Tanyalah kak jat.gaji dia berapa pulak?

    Dingo
    16/02/2012 at 6:31 pm
    Reply

  7. 100% pemimpin politik mengharapkan atau menerima pulangan besar diatas kerja/pengorbanan yg dilakukan..walaupun terpaksa menghalalkan cara..mereka maanusia biasa bukanya Malaikat..cuma bezanya berhemah atau pun rakus..rakyat bukan bodoh,buta mata,pekak atau buta huruf..zaman skrg mana ada percuma..nak masuk tandas pun kena bayar..jnganlah terlalu membicarakan/mempersoalkn imbuhan diperolihi ..cuma nasihat utk mereka,jgn keterlaluan..pokok utama kemahuan rakyat ialah keharmonian,kemakmoran,kesejahteraan dan keselamatan terjamin..oleh yg demikian para pemimpin politik dikehendaki berjuang dgn bersungguh2 utk rakyat dan negara..telus,berhemah dan tiada alasan utk menghalalkn cara..perpaduan kaum mesti diutamakan..jgn hina agama,bangsa dan negara sendiri..bagi pemimpin politik yg rakus,muhasabahlah diri terlebih dahulu sebelum disanggah oleh rakyat..akibatnya amatlah menakutkn..bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur tpi dah terlajak kata dan perbuatan tanggung sendiri”..wassalam

    Almalek Fuat bin Mohd Nasir
    16/02/2012 at 9:40 pm
    Reply

  8. Patut pun depa smua nie cacai Nuar gila-gila. Rupanya gaji masyuukkk semua. Siapa yang tak nak bro. Kalau Selangor jatuh tangan BN nanti, turun la gaji nanti. Tu yang jilat bontot nuar gila-gila skrg nie.

    Assassin Cyber
    17/02/2012 at 12:17 am
    Reply

  9. aku pun pelik, 2 tahun blajar dpt 1st class honours,
    tp graduted 2nd class lowe plak tu….
    bodoh sgt ke masa final year….

    art
    17/02/2012 at 8:44 pm
    Reply

  10. Budak2 melayu mcm mamat fizi ni, dia bole melompat dimana ade peluang. Bila madu da habis, dia mesti bla nyer. Tunggu je la, sekarang dia sokong anuwar, lepas da ade duit berjuta, dia kuar dan kutuk nuar..jenis ni dipanggil “kaum lalang” prinsipnya Bangsa & agama tolak tepi,duit halal ke haram ker..janji masyuk

    cyleo
    19/02/2012 at 2:28 pm
    Reply

  11. teruknya anwar ni peniopu no 1 negara…sa hairan la kenapa ada orang masi jga sokong dia ni,.,.,.,

    selamat selangor
    19/02/2012 at 8:24 pm
    Reply

  12. Sooria pun telah di beritakan nggmueut pengurusan Oakleaf Club supaya jangan mengambil apa2 tindakan terhadap kuil haram yang dibina di dalam kawasan kelab itu. Sekiranya, pihak pengurusan engkar Sooria nggmueut menurunkan samseng2Hindraf untuk mengajar Oakleaf Club.Lu orang bukan duduk Ampang punya kawasan jgn cakap banyak org luor jgn sibuk hal Ampang. For whatsoever reason, NO councillor should engagged in inmoral activities. Ampang MPAJ councillor proven they are all crooks from 2 was nominated earlier then had to withdrawn as thier suspicous ganster background smelt by the Opposition, then the sex distributor Izzuddin of JKP 5 and now this out of nowhere being zuraida “pet” boy just over 8 mths be able to drive a nice and 300K of brand new BMW.Geeesh and also he is also link to Jega former Akta langkah2 Pencegahan detainee suspected of underwolrd group>So this guys move around mix with Jega a perfect macth< but someone in MPAJ assits them to get those entertainment licience.. hrmm guess what you could see Sooria holding hands in hand with one of this window and coincedently she is also and MPAJ Officer incharge of approving such inmoral entertainment licience.Pheww man…. what a underworld of linkage.. but come back to the point experienced in strategies PKR attacking of public interest, it's nothing new to Zuraida on the underworld as PKR still continues maintian thier link to be ready to deploy on every PRK.

    Bachnhat
    17/03/2012 at 12:23 am
    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>