PRU13 dikatakan sebagai pilihanraya umum paling sengit dengan kesungguhan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Hadi Awang untuk mengatasi UMNO dan Barisan Nasional. Kecuali Abdul Hadi Awang, baik Anwar Ibrahim mahupun Lim Guan Eng, kedua-duanya mempunyai misi peribadi dalam PRU13 yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi.
Dengan pelbagai cara dipersembahkan sekarang, terutama dengan kepulangan P.I Balasubramaniam yang dikatakan akan membantu Pakatan Rakyat untuk menang PRU13, Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim. Daripada fitnah dan cerita rekaan untuk membesar-besarkan dan mendewa-dewakan Anwar Ibrahim sehinggalah kepada usaha terdesak mewujudkan kekacauan dan ketidakstabilan politik di negara ini, menerusi pertumpahan darah dan peperangan.
Terbaru, pendalangan Anwar Ibrahim dalam kes lanun yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Tentera Sultan Sulu’, mendarat dan menawan sebuah kawasan di Lahad Datu, telah didedahkan. Anwar Ibrahim cuba menafikan perkara tersebut dan meletakkan kesalahan kepada UMNO tetapi dia tidak dapat menolak atau menafikan pertemuan, perbincangan dan perancangannya dengan Nur Misuari yang telah didedahkan kepada awam.
Anwar Ibrahim dan konco-konconya terutama sekali Tian Chua telah berulang-ulang kali mencabar pihak berkuasa, terutama sekali PDRM dan ATM agar mengambil tindakan membunuh lanun-lanun berkenaan. Mereka mengharapkan pembunuhan tersebut akan membolehkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat mencetuskan perasaan tidak selamat di kalangan masyarakat Sabah. Apabila wujudnya ketidakstabilan tersebut, maka Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat akan muncul dengan tawaran kononnya jikalau mereka dipilih sebagai pemerintah Sabah, mereka akan mengembalikan keamanan, bahkan memperketatkan pengawasan di sepanjang sempadan dan perairan Sabah.
Sehingga sekarang, walaupun pelbagai isu membengkakkan hati dan membangkitkan sentimen rakyat Malaysia telah dilaksanakan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, sambutan yang diterima tidaklah sehingga mampu mewujudkan satu gelombang seperti ARAB SPRING yang menumbangkan kerajaan, sebaliknya sokongan secara tidak menyeluruh, semakin merudum dan menurun sehinggakan dalam beberapa acara, Anwar Ibrahim tidak disambut seperti sewajarnya.
Justeru, satu langkah yang lebih ekstrim perlu diambil untuk mewujudkan gelombang yang lebih besar menerusi sentimen dan empati.
Antara komponen utama yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat adalah pergerakan pelajar. Pergerakan pelajar di Malaysia yang membawa idealisme KOMUNISME dan SOSIALISME, telah dijadikan sebagai benteng paling hadapan oleh Pakatan Rakyat bagi mendapatkan pengaruh dan undi sebanyak mungkin memandangkan golongan itulah yang merupakan kelompok majoriti dalam pembuangan undi.
Bagaimanapun, kempen berterusan yang dijalankan oleh pergerakan-pergerakan pelajar di negara ini, kurang mendapat perhatian, sekalipun beberapa nama seperti KHALID ISMATH, SAIFUL ANANG dan ADAM ADLI dipertontonkan kepada umum.
Dalam kes yang melibatkan golongan berkenaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim pada 2 Januari 2012, kecederaan Saiful Anang telah digembar-gemburkan sebagai dibelasah oleh pihak berkuasa dan ‘gangster UMNO’, sekalipun hakikatnya kecederaan tersebut adalah disebabkan Saiful Anang merempuh pintu kaca dalam usaha untuk meraih simpati.
Dalam demonstrasi membela Adam Adli yang digantung tiga semester oleh UPSI itu setelah didapati bersalah menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri di PWTC, 20 orang pelajar telah ditahan oleh pihak polis, manakala dua orang yang lain mengalami kecederaan di muka dan kepala kerana serpihan kaca.
Kes tersebut menjadi pemangkin dan pencetus kepada beberapa peristiwa lain yang turut melibatkan pemimpin-pemimpin pelajar yang kebanyakannya keciciran dalam pelajaran tetapi amat berminat dengan politik serta dipergunakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dengan sebebas-bebasnya.
Menjelang PRU13, beberapa peristiwa penting melibatkan para pemimpin pelajar akan dipertontonkan kepada umum.
Khalid Ismath yang merupakan pemimpin pelajar paling kurang ajar dan biadap kerana berfahaman SYIAH dan sentiasa menunjukkan pelbagai kezaliman ke atas dirinya, merupakan antara yang bakal dijadikan KAMBING HITAM oleh pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim yang semakin terdesak untuk mendapatkan bantuan daripada para penyokong dan rakyat Malaysia dalam merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia.
Begitu juga dengan Adam Adli yang namanya semakin berkubur walaupun telah melakukan pelbagai aksi untuk memenangkan Anwar Ibrahim. Saiful Anang yang dilihat sebagai pesaing Adam Adli turut tidak terkecuali.
Anwar Ibrahim telah mencuba menggunakan isterinya dalam kes kereta mewahnya yang konon disabotaj dalam usaha untuk membunuhnya. Walaupun akhirnya didedahkan bahawa perbuatan tersebut dilakukan sendiri oleh orang upahan Anwar Ibrahim dalam usaha meraih simpati, namun ramai pengikut Anwar dan Pakatan Rakyat masih percaya, ianya telah dilakukan oleh musuh-musuh politik Anwar Ibrahim.
Perancangan telah dibuat untuk MEMBUNUH salah seorang daripada ketiga-tiga pemimpin pelajar itu dengan Chegu Bard yang memimpin SAMM bakal menjadi pencetus kemarahan golongan pelajar dan pengundi-pengundi muda. Pembunuhan tersebut akan dilakukan ketika saat-saat akhir kempen PRU13.
Pendedahan berhubung empat orang pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang terlatih dalam sistem persenjataan, bom, taktikal dan sebagainya, selain pendedahan cubaan Anwar Ibrahim mewujudkan kemusnahan besar serta pertumpahan darah di Sabah menerusi pencerobohan lanun-lanun Sulu ke bumi Sabah, akan menjadikan ketiga-tiga pemimpin pelajar tersebut sebagai sasaran seterusnya.

Anwar Ibrahim sendiri sudah berulang-ulang kali berlakon terutama pada tahun 1998 dengan kecederaan leher, lumpuh, AIDS, arsenik, tumbukan yang mencederakan tulang belakang, tembakan yang sengaja dihalakan kepadanya, dan seribu satu macam cerita karut yang lain. Justeru melakukan pembunuhan terhadap salah seorang atau ketiga-tiga pemimpin pelajar tersebut, bukanlah satu perkara yang BERDOSA BESAR kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Perkara terpenting kepada Anwar Ibrahim ialah mendapatkan undi daripada masyarakat Malaysia terutama sekali pengundi-pengundi muda.